Tuesday, August 12, 2008

Dua satelit Malaysia dilancar akhir tahun


ATSB belanja RM10 juta bangun InnoSAT, CubeSAT

SHAH ALAM: Kerajaan akan melancarkan dua satelit terbaru iaitu InnoSAT dan CubeSAT serentak dengan pelancaran satelit mikro kedua negara RazakSAT yang dijangka akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB), Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, berkata pihaknya yang bertanggungjawab mengeluarkan satelit itu bercadang melancarkannya ke orbit secara serentak.

Katanya, ketika ini ATSB bercadang menggunakan pelancar Falcon-1 milik SpaceX yang berpangkalan di Amerika Syarikat, bagi tujuan itu dan ia dijangka dilancarkan dari kemudahan tapak pelancar Kwajelein, Kepulauan Marshall.

"ATSB bekerjasama dengan empat universiti bagi membangunkan dua satelit berkenaan yang menelan belanja hampir RM5 juta setiap satu dengan peruntukan dana disediakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Universiti terbabit ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu institusi yang banyak menjalankan penyelidikan dalam bidang aeroangkasa.

"Pembinaan satelit ini membabitkan banyak projek pembangunan teknologi mikro dan kami berbangga dengan hasil kejayaan ini, malah teknologi satelit ATSB berjaya menarik perhatian syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat membelinya," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Ahmad Sabirin berkata, kerajaan turut bersetuju membina satelit komunikasi negara dengan ATSB dilantik sebagai syarikat bagi melaksana pembangunan satelit berkenaan serta menyampaikan komunikasi ke seluruh Malaysia terutama di pedalaman Sabah.

"ATSB juga kini dalam proses menjalankan ujian 'penelitian misi' bagi memastikan kualiti yang dihasilkan untuk projek ini nanti cukup berkesan serta menepati spesifikasi yang ditetapkan pihak antarabangsa," katanya.

Mengulas pembabitan ATSB dalam industri teknologi angkasa, Ahmad Sabirin berkata, ATSB adalah syarikat pelopor dalam menaikkan nama negara dalam bidang teknologi satelit angkasa dan penubuhannya menjadi teras negara mengorak langkah di bidang berkenaan.

ATSB meletakkan fokusnya kepada penyelidikan dan pembangunan sistem berkaitan angkasa bagi melonjakkan negara ke dalam bidang itu sebagai pencetus kemajuan ekonomi dan pembangunan serta kualiti pemikiran masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, ATSB sedang menyusun program pembangunan modal insan yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menguasai teknologi satelit angkasa bagi penghantaran kapal angkasa dan satelit.

"ATSB bukan saja sedang melaksanakan pembangunan satelit mikro membekalkan komponen satelit kepada beberapa negara seperti Jerman dan Afrika Selatan. Kami juga sedang melatih jurutera muda bagi menjadi pelapis kepada pembangunan teknologi ini," katanya.

sumber dari berita harian isnin 11 Ogos 2008

Komen penulis - huhu emm bab ni la yang best, doakan semoga semuanya berjalan lancar untuk CubeSAT dan InnoSAT aku ditugaskan utk buat receiver still in progress..moga segalanya jalan dgn lancar hendaknya...terima kasih kepada En Fadhil yg byk bg tunjuk ajar buat benda ni tak lupa juga pada Kak Fit, Ir Yasser dan sume team CubeSAT dan InnoSAT dan special thanks to aida ex-trainee atsb...

9 comments:

Learner said...

Are u one of the team members to develop InnoSAT and CubeSAT?

I read the news about the failure of Falcon-1 in their recent test flight... will this incident affect the launching date of the two satellites?

burt said...

yup i'm the one of the members... my part is to design receiver for CubeSAT and InnoSAT... the failure of falcon-1 for sure will affect the launching date because that one is falcon-1 flight 3 and we scheduled to use flight 4...the falcon-1 physically it fail but theoretically it still not fail let me tell you what happen.. for the launch it successful but when come to the separation stage its fail..so because of that it can't deploy the satellite

Mike said...

Hi learner! For the time being, Falcon 1 from SpaceX is the only launcher company in the world can sent these 3 satellite to the Near Equatorial Orbit (Neqo) with low costing compared to other launcher service. Usually Earth Observation satellite orbit the earth via Sun Syncronous orbit which mean polar orbit (North-South). Polar orbiting satellite can capture the same spot over the Malaysia after 16 days compare to NeqO orbit,capture 3 imageries in 1 day period.Satellite orbiting in NeqO orbit gave advantages to the Malaysia in term of revisit time to do such as application, change detection within short period, and etc. Hopefully Falcon 1 can sent our satellite to NeqO orbit as such planning. Never give up, i meant never!

Learner said...

Haha....Actually, I also involved in InnoSAT... I m aerospace engineering student from USM. I even applied for industrial training at ATSB b4 this. But i has been waiting until the last day, they still not approve me.... so sad....

I m so lucky that I manage to visit ATSB during the pre-FRR meeting. It was exciting to have the chance to see the flight model of cubeSAT in a big clean room.

With the strong financial backing from NASA, i believe SpaceX can overcome the problem and send our satellites to NeqO.

Learner said...

who is mike? r u one of the team members also?

aida x-trainee said...

hey hey..where's my name??no thanx to me ke??i helped u jugak what..heheee..gudluk with the receiver.. ;)

burt said...

aiseh adik manis lupala sama ini adik tapi byk sombng sms takmo reply kalu...smbng ar skang

burt said...

mike is from GS (Ground Station)

Mike said...

Hi Learner,

Yup I'm part of the CubeSAT Malaysia Team.As Burt mention,Ground Station Team.Ground station play a vital role in satellite operations. The ground station is an important interface between the user and the satellite while it is in orbit.For the CubeSAT GS, we have successfully setup and operated the GS for tracking and received beacon from others satellite with UHF and VHF band capability. Now we are ready for CubeSAT and InnoSAT next launch. - Burt, send regards to aida ex trainee tu..hahaha