Kampung Baru status Tanah Pembangunan
KUALA LUMPU 19 Ogos - Status tanah Kampung Baru yang menjadi tanda tanya sejak 30 tahun lalu terjawab apabila tanah tersebut disahkan berstatus Tanah Pembangunan namun masih mengekalkan syarat tidak membenarkan pemilikan dan penyewaan kepada bukan bumiputera.
Naib Yang Dipertua Persatuan Pembangunan Kampung Baru, Dr. Mohd. Yusuf Ismail berkata, sebelum ini terdapat pertikaian pendapat oleh penduduk yang mendakwa tanah tersebut berstatus Tanah Rizab Melayu yang mengehadkan sesuatu program pembangunan.
Katanya, bagaimanapun, penduduk Kampung Baru meminta syarat tidak boleh disewakan kepada bukan bumiputera dipinda untuk membolehkan kawasan itu dimajukan.
Beliau berkata, usul itu diputuskan oleh penduduk Kampung Baru sendiri di dalam Seminar Draf KL 2020 Pelan Bandaraya: Kampung Baru anjuran Persatuan Pembangunan Kampung Baru di sini hari ini.
Jelasnya, nilai hartanah dan nilai komersial Kampung Baru akan lebih pesat berkembang sekiranya memberi ruang kepada bukan bumiputera menyewa di kawasan tersebut.
"Bagaimanapun, perkara tersebut masih perlu dibincangkan dan dibawa kepada pengetahuan pihak berkenaan terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mendapatkan pandangan dan maklumat lebih lanjut," katanya selepas seminar.
Seminar yang dirasmikan oleh bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Datuk Elyas Omar itu turut mengupas beberapa perkara penting iaitu pengekalan hak milik tanah, keputusan pembangunan yang tidak hanya bergantung kepada penduduk Kampung Baru semata-mata serta meminda mana-mana draf pembangunan Kampung Baru yang dianggap tidak bersesuaian.
Antara ahli panel yang hadir ialah Pengarah Jabatan Pelan Induk DBKL, Zainab Mohd. Ghazali dan Presiden Universiti Selangor (Unisel), Profesor Datuk Dr. Mohd. Rozali Agus.
Sementara itu, ujar Yusuf, perkara-perkara yang dibincangkan di dalam seminar tersebut perlu diperjelaskan bagi memudahkan pembangunan Kampung Baru dilaksanakan serta mendapat sokongan daripada pemilik tanah.
"Penduduk Kampung Baru menyokong penuh pembangunan yang akan dilaksanakan tetapi mekanisme pelaksanaannya perlu dipinda supaya ia lebih efektif dan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.
"Cadangan melaksanakan 'Kota Automotif' iaitu pusat penjualan kereta terbesar diletakkan di Kampung Baru adalah tidak sesuai dengan konsep pembangunan yang dirancang untuk mengekalkan warisan orang Melayu," jelasnya.
Selain itu, katanya, isu mekanisme pelaksanaan juga perlu dititikberatkan bagi menjamin pembangunan Kampung Baru mencapai objektif yang dirancang.
"Kami mahu DBKL terbabit hanya sebagai penguat kuasa sahaja dan bukannya sebagai pemaju pembangunan.
"Oleh itu, DBKL perlu membenarkan pembangunan kampung baru dilakukan oleh syarikat swasta gergasi tetapi mendapat jaminan kerajaan," katanya.
Sumber dari Utusan Malaysia 20 Ogos 2008Komen penulis - Aku juga tak bersetuju jika kg baru di pindah milik atau disewa pada bukan bumiputera...kg baru tmpt aku lepak hujung minggu kalau da bangunan tinggi2 naik mana lagi aku nak lepak...kg baru pun da macam kg aku











"Kita memberi jaminan mereka boleh beredar dari bangunan ini," kata beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR.
Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman, memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah berunding dengan Majlis Peguam supaya menghentikan forum tersebut.
Pada jam 10.55 pagi, orang ramai sudah beredar dari kawasan tersebut.



